negara-negara kat bawah nih jarang-jarang orang nak mention..huhu
Sepanyol, Brazil, Itali dan negara-negara lainnya dikenali di seluruh dunia kerana kedudukan mereka, budaya dan sejarah. Tapi, mungkin anda tidak mengenali negara-negara di bawah ini.
Seluruh negara tersebut sangat asing di telinga anda. Bahkan mungkin baru pertama kali mendengarnya. Inilah 10 daftar negara yang tidak pernah diketahui seperti yang dikutip dari Indoblogmedia tersebut:
90% penduduk di Vanuatu makan ikan dan 80% tinggal di luar bandar, kampung-kampung terpencil dengan kebun mereka sendiri yang hasilkan bahan pangan.Scuba diving merupakan aktiviti yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah hal yang asing di Vanuatu, dan gempa bumi memiliki kesan negatif pada pertumbuhan ekonomi negara-negara tersebut.
Nauru, sebuah bekas koloni penjajah Jerman, juga dikenal sebagai Pulau Pleasant Pasifik Selatan. Orang-orang Nauru mengumpulkan air hujan selama musim hujan antara bulan November dan Februari kerana mereka sangat terbatas dalam air tawar.Sukan paling popular di negara ini adalah sepak bola ala Australia. Mereka sudah memiliki liga sepak bola dengan tujuh kelab liga.
Tuvalu adalah sebuah monarki perlembagaan dengan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Mereka tidak memiliki kekuatan tentera sendiri. Jadi mereka tidak banyak menghabiskan wang untuk urusan pertahanan.Tuvalu adalah negara terkecil peringkat keempat di dunia. Penduduk pertama negara ini adalah orang-orang Polinesia.
Komoros adalah negara kepulauan Afrika di Lautan Hindia yang terletak di antara Mozambeque dan Madagaskar.Pulau ini merupakan bekas jajahan Perancis tua,. Hari ini ada sekitar 300 000 orang Comorians tinggal di Perancis. 98% dari penduduk di Comors adalah Muslim.
Guernsey berada di bawah tanggungjawab Britain tetapi negara ini tidak dikira sebagai sebahagian dari England, serta Kesatuan Eropah. Guernsey terletak di Selat Inggeris di pantai Normandia.Negara ini memiliki otonomi penuh atas urusan antarabangsa. Sekarang ini negara ini sedang berusaha untuk kemerdekaan penuh dari Kerajaan Britain.
Isle of Man juga dikenal sebagai Mann, mempunyai sebuah pemerintahan sendiri dari British Crown Dependency, terletak di laut Ireland antara pulau Britain dan IrelandNegara ini bukan sebahagian dari Kesatuan Eropah. Penghasilan negara ini berasakan pada perbankan luar negeri dan perikanan. Pulau ini telah dihuni sejak sebelum 6500 SM.
Tokelau adalah wilayah yang tidak memiliki pemerintah sendiri. Nama Tokelau berasal dari kata Polinesia yang bererti “angin utara”.Pulau ini memiliki sumber ekonomi terkecil dari negara mana-mana di dunia yang membuat mereka hampir sepenuhnya tergantung pada subsidi dari New Zealand. 96% dari penduduknya adalah orang Kristian dan 57% di antaranya adalah perempuan.
Cook Islands memiliki demokrasi berparlimen dengan pemerintahan sendiri. Dengan lebih dari 90.000 pelancongi setiap tahun, perikanan adalah kegiatan utama ekonomi mereka dengan potensi melepasi pantai, laut, mutiara dan eksport buah.Cook Island yang dinamakan oleh navigator Inggeris Kapten James Cook ketika beliau sampai di pulau tersebut pada 1773.
Kepulauan Pitcairn secara rasmi bernama Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands, tersepit antara empat pulau vulkanik. Sebelumnya ia sebahagian dari jajahan Inggris, yang merupakan sebahagian dari Pasifik.Bahasa penduduknya campuran bahasa Inggris dan Tahiti. Dalam beberapa tahun terakhir gereja telah ditutup kerana hanya lapan orang yang mengunjungi secara tetap.
Hanya ada satu Café dan Bar di pulau itu, dan sumber pemerintah menjual alkohol dan rokok. Ada hukum-hukum moral yang ketat yang melarang menari, merokok dan minum alkohol.
(Jika pemerintah menjual alkohol dan rokok lalu mengapa ada hukum yang tegas yang melarang merokok dan minum alkohol? Apakah mereka menjualnya ke negara lain?)
Nagorno-Karabakh adalah republik merdeka yang terletak di antara Armenia dan Azerbaijan. Di negara ini banyak terdapat penduduk dari bekas Kesatuan Soviet kerana selama 1991-1994 Perang Nagorno-Karabakh.Negara ini masih tidak diakui oleh negara lain, termasuk Armenia. 95% dari penduduknya adalah Armenia, dan bakinyanya adalah orang-orang Yunani dan Kurdis.
Kegiatan ekonomi negara ini pada dasarnya diarahkan untuk Armenia yang tinggal di negara-negara Barat.
pengetahuan celup dari sini...time kasih..hikhik