assalamualaikum....
petang-petang camni sedap kalo de kudapan-kudapan yg panas-panas...mmg layan la selera tekak nih...kali ni saya berkongsi resepi camne nk buat pau goreng yg mudah sedap plus gebu-gebu...hehehehe
pau nis saya buat mase kelas masakan kemas tempoh hari...hehehe! bercerita pasal kemas actually saya bukan blaja kat kindergarden okay....yg nih kelas masakan yg dianjurkan oleh kemas..hehehe!
kelas masakan nih pun saya masuk atas pertolongan cikgu saya iaitu cikgu zana. cikgu kelas jahitan..hikhikhik
jgn ingat saya pandai masak je tau jahit pn saya tau tau...hohoho(perasaan riak nyer la budak nih..ekekeke)
tp tu la aktvt seharian saya coz dari duk kat umah xde ape yg nk dibuat baik la kalo saya juin2 kelas2 camni dapat gak pekdah nyer...dari duk kat umah langsung xde ilmu lagi la terok kot...
x leh bla kan...gambar nih siap berbunge-bunge bagai...all skool la beb!..hehehehe. biasa la klo kelas-kelas masak kan ramai mak cik-mak cik sbb tu la rupe nyer bergini...hehehe
amboi...soksek2 x ingat nk bg resepi...okay nih resepi dia..
PAU GORENG KELEDEK
Bahan-bahannya:
· 1 kg tepung gandum
· ½ kg keledek(direbus dan dilenyek)
· 1 cawan air
· 2 sudu besar ibu roti
· 80 gm majerin
· 2 biji telur(gred B)
· 1 sudu kecil baking powder
· 3 biji Bawang besar
· 2 biji bawang putih
· 1 paket kecil sebuk kari
· Lada sulah
· Daun sup
· 5 biji kentang(dipotong dadu)
· Garam,gula dan perasa
Cara-caranya:
1. Bawang besar,dan bawang putih diblend dan tumiskan. Tambahkan juga garam gula dan perasa.
2. Kemudian tambahkan kentang,serbuk kari dan lada sulah. Apabila sudah masak taburkan daun sup kedalamnya.
3. Didalam bekas berasingan, masukkan tepung gandum dan baking powder.gaul sebati.
4. Adunan tepung tadi ditambah teur,majerin dan ½ camt garam dan gaul sebati. Kemudian ditambah dengan keledek lenyek.
5. Bekas berlainan pula campurkan ibu roti, air dan 1 camb gula
6. Seterusnya, adunan yang mengandungi ibu roti tadi ditambahkan perlahan-lahan kedalam adunan tepung tadi sehingga menjadi doh. Selepas itu, doh direhatkan selamat10-15 minit.sehinnga nampak kembang.
7. Doh itu tadi dibulatkan kecil-kecil dan diletakkan inti didalamnya dan terus digoreng.